Ahli Parlimen Cadang Peguam Negara Jadi Presiden Majlis Peguam

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 5:02 PM

Datuk Datu Nasrun Datu Mansur

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh apabila Datuk Datu Nasrun Datu Mansur mencadangkan supaya Peguam Negara dilantik menjadi Presiden Majlis Peguam.

Ahli Parlimen Silam (BN) itu berkata, sudah tiba masanya untuk Majlis Peguam 'bergerak ke hadapan'.

"Majlis Peguam mestilah bebas dan tidak berat sebelah.

"Sudah tiba masanya kita bergerak ke hadapan dan saya mencadangkan supaya Peguam Negara secara automatik dilantik sebagai Presiden Majlis Peguam," katanya ketika membahaskan rang undang-undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2015 pada Rabu.

Beliau menyatakan kekesalan apabila Majlis Peguam telah terpesong daripada matlamat asalnya iaitu menjaga kebajikan peguam.

"Majlis Peguam perlu kembali kepada matlamat asal di mana ia telah ditubuhkan untuk menjaga kebajikan peguam.

"Ia tidak sepatutnya terlibat dalam politik kerana ia tidak sesuai," katanya.

Tambahnya, Majlis Peguam perlu mengelak daripada membuat kenyataan yang bertentangan dengan undang-undang negara kerana ia akan menjejaskan kewibawaannya di mata rakyat.

Beliau memberi contoh Persatuan Undang-Undang Singapura, yang tidak dibenarkan untuk mengulas atau memberi pandangan mengenai undang-undang di republik itu kecuali diminta oleh kerajaan.

Sebagai tindak balas, M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mempertahankan Majlis Peguam sebagai mempunyai hak untuk menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih dengan melahirkan pandangan mengenai pelbagai isu.

Ketika mengalu-alukan cadangan Datu Nasrun itu, Kulasegaran berkata ia pernah disuarakan sebelum ini tetapi tidak berjaya.

"Satu cadangan yang sama telah dibuat 10 hingga 15 tahun lalu dalam langkah untuk mengawal Majlis Peguam.

"Bagaimanapun, Peguam Negara menjauhkan diri dan tidak mahukan jawatan itu kerana ia tertakluk kepada penelitian awam," katanya.

Perang mulut berlaku antara Kulasegaran dan Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) ketika beliau mempersoalkan mengenai proses pemilihan dalam Majlis Peguam dan kekurangan wakil Melayu dalam jawatankuasa itu.

"Proses pemilihan dipersoalkan dan sebuah badan bebas perlu dilantik untuk menjalankannya," kata beliau.

Noh turut mempersoalkan mengapa terdapat kekurangan peguam Melayu dalam jawatankuasa itu walaupun 60 peratus daripada kira-kira 16,000 peguam yang berdaftar adalah orang Melayu.

Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) bertanya sama ada jawatankuasa itu memerlukan kuota.

Kulasegaran mempertahankan proses pemilihan Majlis Peguam, dengan berkata ia dibuat berdasarkan kepada merit.

"Majlis Peguam bukan perkhidmatan sivil Melayu," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan