Panama Papers: Saya Tidak Lagi Terlibat Dalam Syarikat Itu - Nazifuddin Najib

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak lelaki perdana menteri, Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, dia tidak lagi terlibat dalam operasi dua syarikat yang dikaitkan dengan kebocoran data menerusi laporan Panama Papers.

"Saya menjadi pengarah di dua syarikat di British Virgin Islands (BVI), iaitu Jay Marriot International and PCJ International Venture Limited.

"Syarikat berkenaan diperbadankan oleh firma guaman antarabangsa Mossack Fonseca," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau telah memindahkan semua saham miliknya di Jay Marriot kepada kakak  Ch'ng Soon Sen yang juga pengarah syarikat itu sebelum meletak jawatan pada 2011.

PCJ International pula menamatkan operasi setahun selepas penubuhannya pada 2013 kerana tiada urusniaga bisnes, katanya menerusi laman media sosial, Facebook bagi memberi maklumbalas terhadap soalan berkaitan penglibatannya seperti mana dinyatakan laporan Panama Papers itu.

"Tiada transaksi perniagaan ketika saya terlibat dengan kedua-dua syarikat yang dinamakan itu," katanya.

Mohd Nazifuddin menambah, International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) juga tidaki membayangkan berlaku salahlaku melibatkannya.

Panama Papers mendedahkan rahsia besar melibatkan tokoh dan selebriti dunia yang menyimpan wang dalam akaun luar pesisir bagi mengelak dikenakan cukai.

Hasil siasatan sekumpulan wartawan ke atas 11.5 juta dokumen melibatkan hampir 215,000 syarikat dan 14,153 pelanggan Mossack Fonseca akhirnya kebocoran maklumat berhubung kegiatan itu terbongkar. 

Antara yang didakwa memiliki akaun luar pesisir itu termasuk kroni Presiden Rusia Vladimir Putin, saudara-mara pemimpin China Xi Jinping, Perdana Menteri Iceland, Sigmundur David Gunnlaugsson dan penyerang Barcelona, Lionel Messi.

Pada Isnin, ICIJ melaporkan ada diantara anggota melibatkan pemimpin kerajaan Malaysia dan ahli keluarga mereka memiliki firma pesisir pantai di Singapura dan British Virgin Island.

Bagaimanapun, dua anggota Kabinet menolak kenyataan itu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, tiada sebab untuk kerajaan bertindak terhadap pihak yang dinamakan dalam Panama Papers kecuali ada bukti salahlaku menggunakan akaun luar pesisir.

"Jika ada pihak memaklumkan mengenai pengubahan wang haram umpamanya, tentu sekali tindakan akan diambil," katanya.

Sementera itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kebanyakan individu yang dinamakan dalam laporan itu terlibat dalam perniagaan sebelum menyertai dunia politik.

"Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti, malahan Lionel Messi juga tersenarai tetapi ia bukan bermakna seseorang itu terlibat secara automatik dalam jenayah," katanya.




Tags / Kata Kunci: Panama Papers , Mohd Nazifuddin Najib , ICIJ

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan