Ahli Parlimen Johor Nafi Ada Pakatan Tukar MB

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 10:35 PM

Tan Sri Shahrir Samad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Johor menolak dakwaan terdapat gerakan untuk menukar Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mereka berkata sepanjang memegang jawatan Menteri Besar, pemimpin itu telah melaksanakan tugasnya dengan baik.

Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sepanjang menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri, tidak mendengar suara-suara tidak puas hati terhadap kepimpinan Mohamed Khaled.

"Saya ahli dalam mesyuarat badan perhubungan, di mana saya ketua bahagian Pengerang, tiada pula dalam mesyuarat itu berlaku macam tak puas hati dengan kepimpinan pengerusi perhubungan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini Rabu.

Hari ini beberapa portal melaporkan terdapat gerakan mahu menukar Menteri Besar Johor itu.


Laporan memetik tulisan di laman Facebook Shukur Mohamad, anak kepada Speaker DUN Johor Tan Sri Mohamad Aziz yang mendakwa gerakan itu diketuai oleh seorang timbalan menteri yang namanya tidak didedahkan.

Sementara itu, anggota Parlimen Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Samad berkata dakwaan mengenai pakatan tersebut hanya khayalan individu yang menyebarkannya.

Shahrir yang juga pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata tiada sebarang masalah dalam pentadbiran Khaled sebagai teraju negeri Johor.

"Sokongan terhadap beliau (Khaled) kuat, beliau ada rancangan kemajuan untuk Johor, semua yang dirancang memang menyentuh perkara-perkara mustahak bagi rakyat Johor seperti perumahan, gerakan membantu anak muda, membantu golongan berpendapatan rendah.

"Pembangunan yang benar-benar secara inklusif, disebabkan itu, tidak ada sebab ia boleh menimbulkan satu reaksi politik," katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap berkata dakwaan terbaharu ini merupakan tindakan terdesak untuk menggoncang muafakat kerajaan negeri Johor.

Beliau yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Sekijang berkata, dari perbualan beliau dengan timbalan-timbalan menteri dari Johor, tidak pernah ada sebarang ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran Mohamed Khaled selama ini.


"Justeru saya meminta pihak yang mendakwa supaya tampil dengan bukti jika memang terdapat pakatan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan