KDN Pantau 1,000 Akaun FB Kumpulan Pengganas

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 4:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini telah memantau 1,000 akaun Facebook membabitkan kumpulan pengganas yang menyebarkan ideologi mereka dan merekrut anggota baharu.

Timbalan Menterinya Masir Kujat berkata kementerian turut memantau 100 akaun twitter serta 50 laman web dan blog yang menjalankan aktiviti yang sama.

"Kumpulan pengganas ini menjadikan media sosial sebagai pilihan untuk menarik minat dan mempengaruhi golongan belia dengan ideologi mereka.

"Malah, berdasarkan trend semasa, golongan sasar bagi kumpulan ini adalah golongan belia yang rata-rata mahir dalam penggunaan media sosial," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) yang meminta kementerian menyatakan statistik jenayah siber yang melibatkan keganasan dan ekstremisme yang ada hubung kait dengan kumpulan Daesh dan Al-Qaeda semenjak lima tahun lepas.

Menurut Masir, kumpulan pengganas ini melakukan jenayah siber dengan menyebarkan propaganda ideologi yang terpesong daripada ajaran Islam yang sebenarnya.

Katanya antara langkah yang diambil bagi membendung kumpulan pengganas ini termasuk mengadakan pelbagai program penerangan mengenai ancaman keganasan di pelbagai peringkat.

"Agensi penguat kuasa seperti polis, Jabatan Penjara dan badan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama memberikan pencerahan mengenai ancaman kumpulan pengganas ini dengan mengadakan ceramah menerusi program di sekolah, kolej dan universiti serta program umum seperti 'Belia Tolak Keganasan'," katanya.

Menjawab soalan tambahan Mohd Zaim mengenai langkah yang diambil bagi menghalang rakyat Malaysia daripada direkrut kumpulan pengganas, Masir berkata KDN telah melakukan pelbagai tindakan termasuk menahan mereka yang dikenal pasti terbabit dalam kumpulan itu.

"Mengikut statistik tangkapan Daesh di Malaysia dari 2013 hingga Mac 2016, seramai 177 orang ditangkap dan tindakan telah diambil mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013 dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA)," katanya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: KDN , Facebook , Dewan Rakyat , Masir Kujat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan