Cakap-Cakap MB Johor Nak Ditukar Hanya Jadikan Rakyat Gelisah

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 11:49 PM

Md Jais Sarday

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor, Md Jais Sarday menegaskan, kontroversi yang menjadi viral berhubung kedudukan Menteri Besar Johor sepertimana yang disebut-sebut sekarang hanya menjadikan masyarakat resah dan gelisah sedangkan ia tidak berasas sama sekali.

"Isu ini hanya ditimbulkan oleh seorang pemilik Facebook dan oleh kerana dia kebetulan anak kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, kata-katanya itu mencuri perhatian media sosial dan kemudian diviralkan oleh portal berita.


"Sedangkan seluruh kepimpinan Umno di Negeri Johor mendokong kepimpinan Datuk Mohamed Khaled Nordin sebagai menteri besar. 

"Selepas hampir tiga tahun menerajui kepimpinan negeri, Umno Johor tidak nampak sebab mengapa beliau harus ditukar dan dengan Gagasan Johor Berkemajuan yang dibawa oleh kepimpinannya, saya percaya dan yakin rakyat Johor tidak memerlukan khabar angin seumpama ini untuk menggugat kepimpinan negeri," ujarnya ketika dihubungi oleh mStar Online pada malam Rabu.


Menurut Jais yang juga exco kanan negeri, sebaliknya khabar angin dan desas-desus seperti ini hanya menjadikan rakyat jelata gelisah dan tertanya-tanya mengapa kepimpinan negeri perlu diganggu gugat dengan cerita-cerita tidak masuk akal seperti ini.

Kesungguhan kerajaan negeri, kata Jais, untuk mengatasi isu perumahan rakyat, kos sara hidup, pendidikan dan keusahawanan negeri semuanya adalah inisiatif di bawah kepimpinan Mohamed Khaled sepanjang tiga tahun beliau menerajui kerajaan negeri.

"Kini dengan Gagasan Johor Berkemajuan yang baru dilancarkan bulan lalu, rakyat sudah pastinya tidak mahu melihat apa yang dirancang untuk dilaksanakan itu diganggu gugat oleh isu-isu kontroversi seperti ini," tambah beliau.


Menurut Jais,  semua peringkat kepimpinan negeri daripada kerajaan negeri sehinggalah kepada peringkat jentera parti bekerja keras untuk meletakkan Johor sebagai negeri paling maju di Malaysia dan tidak mempunyai masa untuk berpolitiking tetapi malangnya usaha murni ini hendak dimusnahkan dengan isu picisan seperti ini.

Apa yang diperkatakan ramai ini pada pandangan Jais hanyalah satu pandangan peribadi seorang pemilik Facebook tidak lebih dari itu tetapi diperbesar-besarkan untuk mencuri kepentingan politik tertentu.

Datuk Mohamed Khaled Nordin

Sebaliknya kata Jais, urusan untuk menukar menteri besar kononnya bagi membolehkan seorang timbalan menteri mengambil alih jawatan tersebut tidaklah semudah yang diperkatakan.

"Jika benar orang yang akan menggantikan menteri besar adalah dari kalangan seorang timbalan menteri,  ini bermakna dia adalah seorang ahli parlimen. Sebagai ahli parlimen, jika orang itu hendak dilantik sebagai menteri besar satu pilihan raya kecil perlu diadakan untuk memberi laluan.


"Saya nak tanya siapa pulak yang akan dikorbankan di kerusi Dun untuk memberi laluan kepada calon ini. 

"Saya nak tanya dalam situasi semasa sekarang,  logikkah semua ini terjadi?" tanya Jais lagi.

Oleh yang demikian katanya, dalam keadaan di mana Umno Johor sekarang paling stabil dan kukuh, janganlah ada tangan-tangan yang cuba untuk menggugatnya.


"Setiap minggu Umno Johor menggerakkan jentera parti di semua peringkat untuk memperkukuhkan kedudukan parti. Dalam erti kata yang lain, Umno Johor tiada isu dalam konteks kepimpinan dan semua patut terus bekerja ke arah itu.

"Dan ini telah diperakui dan dipersetujui dalam mesyuarat badan perhubungan yang lalu," kata Jais

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan