Ayam Disimpan Tak Sempurna Punca Keracunan Makanan Di Tapah - Berita Semasa | mStar

Ayam Disimpan Tak Sempurna Punca Keracunan Makanan Di Tapah

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 6:34 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

IPOH: Cara penyimpanan ayam mentah yang tidak sempurna dan tempoh masak yang terlalu singkat dikenal pasti sebagai punca keracunan makanan yang berlaku di Sekolah Menengah Sains Tapah minggu lalu.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juwita Ghazali berkata punca tersebut dikenal pasti hasil menerusi siasatan Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP).

"Simpanan ayam mentah itu tidak sempurna. Ia tidak mencapai suhu sejuk beku negatif enam darjah Celcius selama 32 jam iaitu dari pukul 10.30 pagi (1 April hingga 6 petang (2 April).

"Ini menyebabkan bakteria Salmonela boleh membiak dengan cepat dan banyak  seterusnya menyebabkan keracunan makanan berlaku, " katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Dr Juwita berkata kari ayam yang dimasak sebagai hidangan makan tengah malam untuk pelajar asrama sekolah berkenaan juga dimasak terlalu singkat iaitu 30 minit untuk dua dulang.

Sabtu lalu seramai 43 pelajar dan seorang guru sekolah berkenaan mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati hidangan roti jala dan kari ayam yang dihidangkan di dewan asrama untuk makan lewat malam.

Bagaimanapun jumlah itu meningkat kepada 63 orang dengan 28 daripada mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tapah.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan