Azalina Nafi Kata WSJ Tidak Patut Disekat

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 1:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa Wall Street Journal (WSJ) tidak patut disekat dan mendakwa portal berita Malaysiakini tersalah petik kenyataannya.

Azalina dalam kenyataan berkata kenyataan beliau dalam artikel bertajuk "Azalina: Shouldnt Block WSJ, Msia Not A Communist Nation," dibuat secara umum tanpa merujuk kepada mana-mana media atau agensi berita.

"Saya menekankan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan bukannya komunis, saya merujuk kepada kebebasan bersuara dan tidak mengaitkannya kepada mana-mana agensi berita secara spesifik," kata beliau. 

Azalina berkata kerajaan pada hari ini telah menunjukkan tahap toleransi yang tinggi dan menerima kritikan daripada semua pihak terutamanya media sosial.

"Ini sememangnya penting dengan kebangkitan media sosial yang mana rakyat boleh mengkritik pemimpin kami secara terbuka di Facebook, Instagram, Twitter, blog dan sebagainya.

Ini menunjukkan kerajaan bersedia menerima sebarang kritikan selagi ia bersifat membina," katanya. 

Azalina berkata ulasan beliau adalah berasaskan kebebasan bersuara dan bukannya menyekat atau tidak menyekat agensi berita tertentu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Azalina Othman Said , WSJ , Malaysiakini

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan