SKMM Keluarkan 15 Kompaun Termasuk Enam Syarikat Telekomunikasi

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 5:39 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan MultimediaMalaysia (SKMM) mengeluarkan 15 kompaun bernilai RM510,000 kepada enam syarikat telekomunikasi, sebuah syarikat pembekal perkhidmatan dan sebuah rangkaian maya mudah alih (MVNO), setakat suku pertama tahun ini.

Menurut SKMM dalam kenyataan, tindakan itu diambil kerana syarikat tersebut gagal mematuhi Standard Mandatori bagi kualiti perkhidmatan dan pendaftaran palsu kad sim prabayar.

Katanya dua kompaun telah dikeluarkan kepada Asian Broadcasting Network Sdn Bhd (ABN) berjumlah RM20,000 dengan setiap kompaun bernilai RM10,000 kerana tidak mematuhi Standard Mandatori bagi kualiti perkhidmatan.

Selain itu, katanya TT dotcom Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Net2One Sdn Bhd dan Celcom Axiata Bhd masing-masing satu kompaun berjumlah RM10,000.

Bagi pendaftaran palsu kad sim prabayar, SKMM berkata empat kompaun telah dikeluarkan kepada Digi Telecommunications Sdn Bhd berjumlah RM200,000, TuneTalk Sdn Bhd (dua kompaun berjumlah RM100,000), Merchantrade Asia Sdn Bhd (dua kompaun berjumlah RM100,000) dan XOX Com Sdn Bhd (satu kompaun berjumlah RM50,000).  -Bernama

Tags / Kata Kunci: SKMM , kompaun

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan