1MDB: Siasat Siapa 'Malaysian Investigators' - Shahrizat

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 9:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita Umno pada Selasa mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat identiti 'Malaysian Investigators' yang membuat tuduhan palsu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu kenyataan berkata tuduhan palsu itu telah mencemar imej dan reputasi khususnya kepada perdana menteri dan negara.

"Rakyat perlu tahu siapakah 'Malaysian Investigators' dan kertas siasatan palsu yang dinyatakan di dalam laporan WSJ (Wall Street Journal) itu," katanya.

Shahrizat berkata beliau merujuk kepada beberapa laporan 'Wall Street Journal' (WSJ) khususnya laporan pada 30 Mac 2016 yang melaporkan bahawa Najib tidak mengambil wang daripada 1MDB dan WSJ mengakui bahawa wang itu adalah derma diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

"Wanita Umno mendesak pihak berkuasa, sama ada polis atau peguam negara, untuk menyiasat identiti sebenar 'Malaysian Investigators' yang dimaksudkan oleh WSJ pada 2 Julai 2015 yang telah memberi 'kertas siasatan palsu' menuduh perdana menteri mengambil wang 1MDB sebanyak US700 juta," katanya. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan