Polis Hubungi Interpol Mengenai Penahanan Keldai Dadah Warga Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 9:39 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menyiasat dakwaan berhubung laporan penahanan 10 keldai dadah warga Malaysia yang ditahan di beberapa buah negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menghubungi Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesahkan perkara tersebut.

"Laporan itu belum dapat disahkan...kami masih berhubung dengan rakan Interpol kami," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Isnin malam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah stesen televisyen tempatan pada Isnin malam mengenai penahanan 10 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa keldai dadah di luar negara.

Dua daripada mereka masing-masing ditahan di China dan Kanada, manakala tiga lagi dikatakan memohon perlindungan di Kedutaan Besar Malaysia di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) setelah berjaya melarikan diri.

Laporan itu menyebut ketiga-tiga mereka dibawa pulang ke tanah air pagi Isnin dan mereka dipercayai menggunakan pasport yang dibuat pada hari sama iaitu pada 21 Mac lalu.

Sementara itu, nasib lima lagi rakyat Malaysia yang dijadikan keldai dadah oleh sindiket antarabangsa itu masih belum diketahui.

Berdasarkan maklumat diperolehi, kesemua mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 30 Mac lalu ke beberapa negara. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan