Penternak Alami Kerugian Akibat Cuaca Panas

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 8:57 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hidangan ikan kukus yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia akan menjadi lebih mahal tidak lama lagi memandangkan industri ternakan ikan laut Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM20 juta berikutan suhu semakin meningkat.

Timbalan Presiden Persatuan Penternak Ikan Laut Malaysia (MFFAM), Mohamed Razali Mohamed berkata, cuaca panas menjejaskan ternakan ikan laut di Malaysia, yang merupakan terbesar di Asia Tenggara.

"Kerapu dan siakap mati di dalam sangkar disebabkan oleh air pasang merah atau pertumbuhan alga, yang turut mendapatkan sumber oksigen selain ikan," katanya.

"Sebanyak 100 tan ikan bernilai RM4 juta untuk pasaran dalam dan luar negara, mati di dalam sangkar ternakan ikan di Pulau Kukup, Johor pada bulan lalu.

Mohamed Razali berkata, cuaca panas menggalakkan pertumbuhan alga di dalam air cetek sehingga menyebabkan kematian ikan.

Kebanyakan 2,000 ladang ternakan ikan di negara ini beoperasi di air cetak dan di bahagian teluk, menggunakan kira-kira 100,000 sangkar kayu.

Malaysia menghasilkan 64,000 tan metrik ikan laut bernilai RM1.2 bilion pada 2014.

Mohamed Razali berkata, pendapatan eksport diperoleh dari kerapu dan siakap, yang turut dijual kepada restoran-restoran di Hong Kong, China dan Singapura, berjumlah RM400 juta setahun.

Bagi mengelakkan daripada fenomena air pasang merah, nelayan yang berkemampuan akan melaburkan untuk mendapatkan sangkar polietilena berkepadatan tinggi supaya mereka boleh menempatkan semula ladang ternakan mereka ke perairan lebih dalam.

Sangkar-sangkar yang turut digunakan bagi ternakan ikan salmon di Norway, boleh berdepan dengan laut bergelora dan keadaan cuaca.

Bagaimanapun, ia berharga RM10,000 setiap satu.

Pengerusi Gabungan Persatuan Penternak Ruminan Malaysia, Samad Kassim berkata, jumlah ternakan yang terjejas akan mempengaruhi kepada pengeluaran susu dan daging yang rendah.

Beliau berkata, penternak perlu berbelanja lebih dari segi makanan tambahan dan vitamin untuk ternakan mereka.

Tambahnya, cuaca kering cuba mengakibat pengeringan rumput, yang juga membebankan peladang.

Samad yang mengendalikan ladang ternakan lembu tenusu dengan 300 ekor di Kota Kemuning berkata, pengeluaran susu menyusut dari 20 peratus kepada 30 peratus.

"Penternak perlu menyerap kerugian ini. Saya sendiri terpaksa berbelanja antara RM5,000 atau RM6,000 lagi sebulan untuk makanan tambahan bagi lembu-lembunya.

Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia, Jeffrey Ng berkata, penternak ayam yang membiak dalam rumah terbuka atau kawasan lebih luas memberi kesan buruk berbanding penternakan secara tertutup kerana tiada kawalan suhu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan