Serbu Majlis Mak Nyah, Peguam Pertimbang Saman Jawi

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 11:59 AM

Siti Zabedah Kasim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peguam, Siti Zabedah Kasim sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) susulan serbuan yang dilakukan ketika acara mengumpul dana bagi komuniti transgender.

"Kami sedang mengumpul peguam untuk merangka pelan tindakan seterusnya.

"Kami akan menyaman bukan sahaja Jawi, tetapi mana-mana pihak terlibat dalam insiden itu," katanya kepada The Star Online pada Selasa.

Dilaporkan kira-kira 10 pegawai Jawi hadir pada majlis berkenaan yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada Ahad pada pukul 10 malam.

Siti Zabedah yang menerima anugerah The Star's Golden Hearts tahun lalu berkata, pegawai terlibat telah menghalang semua laluan dan menjadikan mereka umpama banduan.

Beliau turut menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian itu.

Penganjur majlis berkenaan yang dikenali sebagai Ira ditahan Jawi dan dibebaskan pada hari berikutnya.

"Ada beberapa isu yang perlu diketengahkan termasuk prosedur penahanan dan menyerbu ruang majlis yang tidak dipatuhi pihak berkuasa agama itu," katanya.

Menurut Siti Zabedah lagi, pegawai Jawi memberitahu bahawa Ira akan didakwa pada 5 Mei ini kerana mengingkari arahan pihak berkuasa agama dan menggalakkan maksiat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan 1997.

Tags / Kata Kunci: Maknyah , Siti Zabedah Kasim , transgender

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan