Hanipa Selamat Dibedah, Kini Di ICU HKL

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin yang selamat menjalani pembedahan neurologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin malam kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Pembedahan yang dilaluinya itu dikatakan bagi  memulihkan keadaan kesihatannya disebabkan tekanan darah tinggi.

Hanipa dirujuk ke HKL oleh Institut Jantung Negara (IJN).

Sebelum itu, Hanipa dibawa dengan kerusi roda ke klinik Parlimen sebelum dikejarkan ke HKL selepas pengsan di kerusinya.

Hanipa dikatakan mengadu loya dan lemah beberapa ketika sebelum waktu rehat tersebut.

Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pembedahan itu perlu dilakukan kerana berlaku beberapa pendarahan dalaman.


Tags / Kata Kunci: Hanipa Maidin , HKL , ICU , Parlimen

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan