Dewan Rakyat Lulus Usul Bahas Kejadian Penculikan Empat Anak Sarawak

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parlimen meluluskan usul untuk membahaskan kejadian penculikan melibatkan empat anak Sarawak yang disyaki didalangi warga Filipina bersenjata api pada 1 April lalu.

Usul itu dibentangkan Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam) itu diluluskan dan tempoh sejam diberikah untuk dibahaskan bermula 4.30 petang, Selasa.

Nasrun berkata, penculikan empat warga tempatan menaiki kapal tunda di perairan Pulau Ligitan itu adalah kejadian yang wajar dipandang serius kerana ia semakin menjadi isu biasa.

"Kejadian seumpama ini menyebabkan rakyat Sabah dan orang ramai bimbang keselamatan mereka tergugat," katanya.

Beliau berkata, tidak dinafikan Esszone dan Esscom telah memainkan peranan penting untuk melindungi Sabah.

"Bagaimanapun, diharap pihak polis dan Esscom dapat meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Pada masa sama, kita perlu memastikan tahap keyakinan rakyat tidak terjejas.

"Sehubungan itu, isu ini perlu dibahaskan untuk menggariskan penyelesaian komprehensif bagi menjamin keselamatan umum," katanya.

Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah meneliti permohonan usul itu dan mendapati ia memenuhi kriteria yang ditetapkan termasuk kepentingan awam dan isu yang memerlukan perhatian segera.

"Sehubungan itu, usul ini diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (3) untuk dibahas," katanya.

Empat penduduk Sarawak masing-masing Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Kang, 31; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21 diculik daripada kapal tunda MV Masfive 6, ketika dalam perjalanan pulang ke Tawau selepas menghantar kargo balak ke Manila pada kira-kira pukul 6.15 petang, Jumaat.

Enam lagi kru melibatkan tiga warga Indonesia dan tiga lagi rakyat Myanmar bagaimanapun terselamat.

Tags / Kata Kunci: Dewan Rakyat , Filipina , Sarawak , Pulau Ligitan , culik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan