20,000 Pengawal Keselamatan Disasar Jalani CSG Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2016 1:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyasarkan seramai 20,000 orang pengawal keselamatan menjalani program latihan Pengawal Keselamatan Bertauliah (CSG) di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II Masir Kujat berkata sehingga kini program latihan yang dibangunkan menerusi inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu telah melatih 30,364 pengawal keselamatan sejak dimulakan April 2014.

Beliau berkata program yang diwajibkan ke atas semua pengawal keselamatan tempatan itu menyediakan latihan yang lebih teratur, berpusat, dan memberi pengiktirafan kepada pengawal keselamatan.

"KDN amat mengambil berat dan memberi perhatian serius kepada perkembangan industri perkhidmatan kawalan keselamatan dalam negara," katanya semasa merasmikan sesi Taklimat dan Dialog CSG di Dewan Majma, Kompleks Islam Sarawak di sini, Selasa.

Katanya sejak kebelakangan ini muncul berbagai isu yang memberikan gambaran negatif terhadap industri kawalan keselamatan dalam negara, antaranya seperti penggunaan tenaga kerja asing secara tidak sah, tiada tapisan rapi semasa pengambilan tenaga kerja selain pengawal tidak berkualiti.

Masir berkata KDN melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi membanteras kegiatan penggajian pengawal keselamatan warga asing secara tidak sah, di samping mengesan syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang menyalahi Akta Agensi Persendirian 1971 serta akta-akta lain atau pekeliling yang berkaitan, untuk diambil tindakan. 

Menurutnya sejak 2013, KDN membatalkan lesen 37 syarikat kawalan keselamatan, manakala 44 syarikat lagi menerima amaran terakhir ekoran pelbagai kesalahan berkaitan akta dan pekeliling berkenaan.

Beliau berkata bagi tujuan meningkatkan lagi mutu tadbir urus syarikat kawalan keselamatan, tahun ini semua syarikat berkenaan diwajibkan menghantar kumpulan pengurusan kanan syarikat peringkat operasi, sumber manusia, dan pengurusan; untuk menjalani kursus pengurusan syarikat kawalan keselamatan sebagai satu syarat tetap dalam memperbaharui lesen agensi persendirian untuk tahun 2017.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: KDN , Masir Kujat , pengawal keselamatan , CSG

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan