Zoo Taiping Dapat Orang Utan Jantan Untuk Pembiakan

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 8:43 PM

Orang utan jantan dari Zoo Singapura yang dipinjam untuk tujuan pembiakan di Zoo Taiping. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Bilangan orang utan di Zoo Taiping dan Night Safari di sini dijangka bertambah dengan adanya seekor orang utan jantan yang dipinjamkan oleh Zoo Singapura.

Pengarah Zoo Taiping, Dr Kevin Lazarus berkata orang utan berusia 16 tahun yang diberi nama 'Veera' itu dipinjamkan sejak 9 Mac lalu untuk program pembiakan.

Beliau berkata Zoo Singapura membenarkan pihaknya melakukan pembiakan sebagai usaha memastikan kepupusan haiwan itu dapat diatasi.

Menurut Kevin, spesis orang utan Borneo itu ditempatkan di zoo berkenaan untuk tempoh tertentu bersama empat lagi orang utan betina sedia ada berumur 11 hingga 20 tahun.

"Sejak Veera dilepaskan Isnin lalu, orang utan betina di sini mula serasi dengannya. Kami percaya zoo di sini akan memperoleh anak orang utan," katanya.

Beliau berkata sebagai spesis mamalia, orang utan sama seperti manusia mengambil tempoh sembilan bulan untuk bunting sebelum melahirkan anak.

Katanya keempat-empat ekor orang utan betina di zoo tersebut tidak membiak setelah seekor orang utan jantan berusia 30 tahun mati beberapa tahun lalu. - BERNAMA


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan