Adun Tanjung Bunga Digesa Letak Jawatan

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 8:11 PM

Teh Yee Cheu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Tanjung Bunga, Teh Yee Cheu digesa untuk meninggalkan kerusinya berikutan percubaan untuk mengehadkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal.

Teh turut didesak penyokong setia DAP untuk meletak jawatan daripada parti kerana telah dipergunakan oleh Umno.

Perkara tersebut didedahkan pembantu Teh, Carolyn Khor dalam surat terbuka yang ditulis untuk mempertahankan bosnya itu.

Teh telah mengemukakan usul mencadangkan kajian itu menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri itu pada bulan depan untuk mengehadkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal.

Khor mengkritik desakan peletakan jawatan itu dengan berkata ia bertentangan dengan prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara memandangkan Teh telah dipilih oleh rakyat.

Beliau berkata jika perbezaan pendapat tidak dibenarkan maka kepimpinan DAP Pulau Pinang tiada bezanya dengan  Barisan Nasional.

"Kita perlu menyelamatkan Pulau Pinang daripada genggaman pemimpin autokratik yang tidak lagi dapat membezakan antara yang betul dan salah," kata Khor yang juga Ketua Komunikasi Wanita PKR.

Pada Rabu, Kelab Veteran Bukit Mertajam turut mengadakan sidang media membidas tindakan Teh.

Khor berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya memanfaatkan cadangan untuk memulihkan semula popularitinya di kalangan rakyat Pulau Pinang yang semakin merosot susulan publisiti buruk dikaitkan dengan dirinya baru-baru ini.

Katanya, Guan Eng juga sepatutnya tidak berasa tergugat dengan cadangan itu.

Tindakan Teh disuarakan pada waktu yang tidak sesuai bagi Guan Eng yang terpalit dengan kontroversi pembelian banglo berharga RM2.8 juta.




iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan