Pengsan Dalam Dewan, Ahli Parlimen Sepang Dikejarkan Ke HKL

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 8:23 PM

Hanipa pengsan sewaktu persidangan Dewan Rakyat petang Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dikejarkan ke hospital kira-kira jam 5.30 petang Isnin apabila didapati pengsan sewaktu persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan selama 15 minit.

M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang ditemui pemberita berkata Mohamed Hanipa tidak keluar dewan sewaktu rehat dan beliau bersama Charles Santiago (DAP-Klang) telah mendekati Anggota Parlimen itu dan mendapati beliau telah pengsan di kerusinya.

"Beliau kemudian dibawa dengan kerusi roda ke klinik Parlimen dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Kulasegaran berkata sebelum itu Mohamed Hanipa dikatakan mengadu loya dan lemah beberapa ketika sebelum waktu rehat tersebut.

Dewan ditangguh selama 15 minit untuk memberi laluan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) membawa usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Syarikat 2015 ke Jawatankuasa Pilihan.

Terdahulu, Mohamed Hanipa rancak berbahas dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkenaan RUU tersebut.

Mohamed Hanipa merupakan anggota Parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket PAS sebelum menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) tahun lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan