Imej Adenan Meningkat Jika Sekatan Terhadap Pembangkang Ditarik Balik

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 3:54 PM

Tan Sri Adenan Satem

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem boleh meningkatkan imej beliau pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak jika beliau membuka sekatan kemasukan pemimpin pembangkang dan tokoh masyarakat yang dianggap melampau.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Profesor Madya Dr Jeniri Amir berkata sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional (BN) mempunyai 'keberanian' dan membenarkan persaingan yang adil dalam berdepan pembangkang.

"Saya percaya Adenan seorang yang liberal tetapi saya mempertikaikan sejauh mana liberalnya beliau," katanya pada seminar mengenai PRN Sarawak di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, Isnin.

Beliau menjelaskan bahawa walaupun Sarawak mempunyai hak untuk menghalang mana-mana 'pelampau fanatik' daripada memasuki negeri itu, kerajaan negeri seolah-olah telah 'mendera' kuasanya.

"Adakah pemimpin-pemimpin pembangkang pelampau? Adakah (ahli parlimen DAP) Teresa Kok, Tony Pua dan Zuraida Kamaruddin(MP PKR) pelampau ?

"Tiada apa yang perlu ditakutkan. (Jika sekatan dibuka), imej beliau akan menjadi lebih baik," katanya sambil menambah ini adalah masa untuk rakyat Sabah dan Sarawak yakin dengan diri mereka sendiri.

Penganalisis politik Profesor Madya Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis berkata larangan itu juga telah menjejaskan beberapa aktivis masyarakat sivil dan pengkritik kerajaan.

"Mereka (kerajaan negeri) melakukannya kerana mereka boleh. Tetapi autonomi tanpa akauntabiliti hanya akan memberi manfaat kepada golongan elit.

"Hanya kerana mereka telah menentang pandangan, ini tidak sihat untuk demokrasi," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan