Hanipa Jalani Pembedahan Di HKL

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 11:50 PM

Hanipa Maidin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menjalani pembedahan neurologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk memulihkan keadaan kesihatannya yang disebabkan tekanan darah tinggi.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata Hanipa dirujuk ke HKL oleh Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin.

Sebelum itu, Hanipa dibawa dengan kerusi roda ke klinik Parlimen sebelum dikejarkan ke HKL selepas pengsan di kerusinya.

Hanipa dikatakan mengadu loya dan lemah beberapa ketika sebelum waktu rehat tersebut.

"Saya tiada disana ketika kejadian berlaku di Parlimen tetapi Hanifa dikejarkan ke IJN selepas diarahkan doktor di klinik Parlimen.

"Sekarang dia sedang menjalani pembedahan berkaitan neurologi yang saya percaya disebabkan tekanan darah tinggi. Ia menyebabkan beberapa pendarahan dalaman," kata Mujahid.

Beliau berkata pembedahan itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam.

Katanya, kebanyakan pemimpin Amanah sedang menunggu di hospital.

"Kami berharap agar dia pulih secepat mungkin," kata Mujahid.


Tags / Kata Kunci: Hanipa Maidin , Amanah , pengsan , HKL

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan