Filipina Bimbang Insiden Penculikan Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 3:42 PM

Kes culik dekat Pulau Ligitan Semporna Jumaat malam kini disiasat di Balai Polis Tawau oleh pasukan penyiasat daripada Ibu Pejabat Polis Semporna. Dua mangsa masih berada di atas kapal untuk menjaga kapal. Yang disiasat setakat petang Sabtu terdiri daripada Kapten Kapal yang di kenali sebagai Harwandi, 38, Petrus Karil, 42, jurutera kapal, Ismail, 22, ketiga-tiganya rakyat Indonesia dan Mymin, 20, warga Mynmar. Gambar menunjukkan kapal tunda yang dirampas berhampiran Pulau Ligitan.

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Kerajaan Filipina menjalinkan kerjasama rapat dengan Kementerian Luar Malaysia dalam usaha menyelamatkan empat rakyat Malaysia yang diculik oleh lapan lelaki bersenjata dekat Pulau Ligitan, Semporna pada Jumaat malam.

Duta Besar Filipina ke Malaysia J.Eduardo Malaya berkata keselamatan kesemua mangsa itu adalah yang paling utama bagi kedua-dua kerajaan berkenaan.

"Kami terus berkomunikasi dan berunding dengan Kementerian Luar Malaysia, dan pada masa yang sama, pihak berkuasa keselamatan kedua-dua negara saling bertukar maklumat risikan mengenainya.

"Pegawai-pegawai Filipina akan ke Malaysia untuk bekerjasama dengan rakan sejawatannya bagi menyelesaikan kes penculikan terbaharu itu dan mencegah kejadian sama berulang pada masa depan,"katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Penyumberan Perniagaan Antarabangsa anjuran Dewan Usahawan Melayu Labuan di sini, Isnin.

Empat mangsa berkenaan adalah dari Sibu, Sarawak, dan bekerja dengan kapal yang berdaftar di bawah nama 'Masfive 6'.

Mereka diculik semasa dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Filipina pada 6.15 Jumaat lepas.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Filipina , Pulau Ligitan , J.Eduardo Malaya

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan