Pusat Hiburan Keluarga Dilarang Beroperasi Di Perak Mulai 2017

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2016 10:51 PM

(Ubah saiz teks)

GOPENG: Mulai tahun depan tiada lagi pusat hiburan keluarga dibenar beroperasi di Perak.

Mengumumkan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, Badan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil Perak Datuk Samsuddin Abu Hassan berkata langkah itu diambil akibat penyalahgunaan lesen oleh pemilik premis.

Katanya, pengeluaran serta pembaharuan lesen pusat hiburan keluarga akan dihentikan mulai 2017.

Beliau berkata sejak kebelakangan ini penyalahgunaan lesen oleh pemilik premis semakin berleluasa antaranya dengan menjadikan pusat hiburan keluarga itu tempat aktiviti perjudian termasuk oleh pelajar.

"Maka kerajaan negeri telah mengambil beberapa tindakan antaranya tiada lagi lesen (pusat hiburan keluarga) baharu diluluskan dan lesen sedia ada diberi tempoh (beroperasi) sehingga 31 Disember tahun ini dengan syarat tiada unsur-unsur penyalahgunaan lesen," katanya.

Samsuddin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Meja Bulat Perangi Mesin Judi bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di sini, Ahad.

Di Perak terdapat sebanyak 129 pusat hiburan keluarga beroperasi secara sah dan mempunyai lesen perniagaan dengan 123 daripadanya terletak di di Ipoh, Hilir Perak (empat) dan Batu Gajah (dua).

Ditanya jika terdapat bantahan susulan keputusan kerajaan negeri itu, Samsuddin berkata ia merupakan perkara biasa dan ia hanya membabitkan golongan tertentu.

"Menteri Besar (Datuk Seri Zambry Abd Kadir) mempunyai pendekatan yang teguh dalam keputusan ini kerana ia (pusat hiburan) tidak menguntungkan, sebaliknya memudaratkan rakyat di negeri ini," katanya.

Presiden JMM Azwanddin Hamzah berkata keputusan kerajaan negeri Perak dalam menangani isu perjudian haram itu patut dicontohi oleh negeri-negeri lain.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan