Penunggang Motosikal Maut Diseret Treler

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2016 8:08 PM

ACP Shafien Mamat

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal warga Indonesia maut selepas diseret sebuah treler sejauh lima meter di Kilometer (KM) 4.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), berhampiran susur keluar Setia Alam ke Kuala Lumpur, di sini.

Ketua Polis Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Basori, 39, berteduh di bawah jejambat lebuh raya itu kira-kira pukul 7.30 malam.

"Mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari Klang menghala ke Kuala Lumpur menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda sebelum berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk berteduh daripada hujan.

"Ketika mangsa membuka topi keledar, sebuah treler yang datang dari arah sama telah bergesel dengan motosikalnya dan beg sandang yang dipakai mangsa turut tersangkut mengakibatkan dia terseret kira-kira lima meter," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata selepas diseret, mangsa kemudian terjatuh sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat Basori kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

"Ketika kejadian, pemandu treler berkenaan tidak memberhentikan kenderaannya...susulan ini pihak polis menyeru orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi polis supaya kita dapat mengesan pemandu treler tersebut untuk siasatan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan