Borneo744 Titik Permulaan Bandar Keusahawanan Seluruh Negara - Najib

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2016 2:45 PM

Najib bergambar menerusi bingkai Instagram ketika melawat pameran selepas merasmikan Program Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT) 2016 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Penubuhan Bandar Keusahawanan Lautan Biru di Borneo744, Bintawa, di sini akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak bandar keusahawanan di seluruh negara, kelak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Borneo744, bandar usahawan pertama di negara ini, akan menjadi sebuah hab kreativiti dan inovasi yang menyatukan pemain-pemain industri di bawah satu bumbung bagi membentuk jalinan kerjasama dengan lebih kreatif lagi.

"Ia bakal menjadi tempat yang sesuai untuk perangkaian, tempat untuk generasi muda memulakan perniagaan untuk menjadi lebih kreatif dan berinovasi.

"Saya harap saya akan dapat melihat (kewujudan tempat ini) sewaktu lawatan saya yang akan datang. Saya ingin melihatnya sendiri. Saya yakin dengan masa depan generasi usahawan muda. Kita mesti tingkatkan tenaga dan kreativiti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan penubuhan bandar tersebut sewaktu merasmikan Gabungan Rakan Entrepreneur, Aspirasi Terhebat (GREAT) 2016 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, Ahad.

Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Najib menarik perhatian menerusi Borneo744, penggiat dapat berkolaborasi, bereksperimen dan mengkomersialkan produk-produk mereka daripada seni dan kraf kepada fesyen dan reka bentuk.

Hab ini terletak di sebidang tanah seluas empat hektar dengan beberapa bangunan gudang terbiar sekarang ini dan apabila siap nanti, Borneo744 akan terdiri daripada sebuah perkampungan kraf, hab kolaborasi dan ruang kerja gunasama, studio-studio, teater-teater, ruang-ruang niaga makanan dan minuman, taman-taman pertanian dan ruang pameran.

Jelas Najib, secara keseluruhannya, Borneo744 direka bentuk sebagai sebuah destinasi kreatif bagi rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa.

Menyentuh mengenai bidang keusahawanan, Perdana Menteri berkata generasi muda perlu mengubah daya pemikiran yang bukan stereotaip tetapi menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk terus kekal relevan dan berjaya.

"Set minda mesti berubah. Cabar minda kita sama ada ingin makan gaji atau menggajikan orang lain dan bagaimana kita boleh jana kejayaan dan kekayaan menerusi bidang usahawanan.

"Usahawan perlu menggunakan teknologi maju dan sentiasa tanya diri sendiri bagaimana kita boleh meningkatkan perniagaan melalui teknologi terkini. Kemudian barulah kita fikir bidang pemasaran jadi orang ramai akan kenal produk kita.

"Dan bila bercakap pasal produk, ia tidak semestinya produk baru. Baru-baru ini saya ada terjumpa seorang usahawan muda yang menginovasikan semula perniagaan traditional; sate malah dieksport ke Brunei. Ini contoh perniagaan yang berjaya," katanya.

Di majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan pertandingan Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pertandingan NBOS ini mempelawa penyertaan idea-idea bagi tiga trek berlainan iaitu perkhidmatan awam, perniagaan dan keusahawanan sosial.

Najib berkata, besar harapan kerajaan agar pertandingan NBOS ini akan menarik penyertaan idea-idea berkualiti yang boleh dilaksanakan sejajar dengan prinsip NBOS iaitu berimpak tinggi, boleh dilaksanakan segera, berkos rendah dan mampan.

GREAT merupakan platform menghubungkan usahawan Sarawak, yang baru memulakan perniagaan dan pelabur yang diilhamkan Kementerian Kewangan melalui Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional (NEDO) yang dianjurkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan kerajaan negeri Sarawak.

Sementara itu, Irwan Siregar dalam sidang akhbarnya berkata Borneo744 akan menjadi hab 'bekerja, makan dan bermain' bagi usahawan generasi muda di Sarawak.

"Kita akan sediakan ruang untuk latihan keusahawanan, ruang perniagaan, tempat makan, ruang industri kreatif dan kita akan tubuhkan MaGIC cawangan Sarawak," katanya.

Beliau berkata pihak kerajaan sedang berunding dengan pemilik kawasan cadangan untuk Borneo744 iaitu Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) sebelum mengubah suai ruang yang ada.

"Kita sedang berunding dan dalam proses peringkat perancangan untuk reka bentuk sebelum meluluskan peruntukan untuk Borneo744," katanya.

Dalam pada itu, Irwan Siregar berkata program GREAT 2016 yang diadakan selama dua hari di sini berjaya menarik lebih 5,000 penyertaan dari seluruh pelosok negeri. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Borneo744 , Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan