100,000 Rakyat Malaysia Hidap Kanser Setiap Tahun

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2016 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dan kaum wanita merupakan yang paling ramai mengalami penyakit tersebut, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, 4,753 adalah wanita Melayu diikuti wanita Cina seramai 4,422 orang, manakala kaum lelaki Cina lebih ramai menghidap kanser iaitu 4,078 orang berbanding lelaki Melayu seramai 4,058 orang.

"Dianggarkan satu daripada empat orang rakyat Malaysia akan mengalami penyakit kanser pada usia 75 tahun dan antara sebab ia berlaku adalah kerana peningkatan populasi dan jangkauan usia yang lebih lama.

"Dijangkakan, pada 2020 jumlah pesakit kanser di Malaysia akan meningkat 15 peratus dan ia terdiri daripada warga emas," katanya selepas pelancaran kempen kesedaran Kanser Usus Besar bersama komuniti PPR Desa Tun Razak, pada Ahad.

Beliau berkata lima kanser utama yang menyerang rakyat di negara ini adalah kanser payudara iaitu 14.5 peratus, kanser usus 12.1 peratus, kanser paru-paru 11.8 peratus, kanser pangkal rahim 5.7 peratus dan kanser kerongkong 5.4 peratus.

Dr Hilmi berkata sejumlah 2,246 kes kanser usus dilaporkan sebelum ini yang menjadi kanser kedua tertinggi di Malaysia.

Beliau berkata kanser adalah punca kematian yang keempat iaitu 13.02 peratus di hospital kerajaan pada 2014.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan