Dr Mahathir Perlu Perjelas Masalah Melanda Proton - Rahman Dahlan

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2016 2:03 PM

Abdul Rahman Dahlan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjawab mengenai permasalahan yang melanda Proton, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Tun (Dr Mahathir) perlu tampil ke hadapan dan menjawab mengapa Proton dilanda masalah kewangan yang serius walaupun berbilion wang rakyat telah disalurkan kepada Proton," kata Abdul Rahman di akaun Twitternya pada Sabtu.

Baru-baru ini, Dr Mahathir meletakkan jawatannya sebagai pengerusi Proton, syarikat berkaitan kerajaan yang diilhamkannya semasa menjadi perdana menteri pada 1980-an.

Abdul Rahman berkata, sejumlah RM13.9 bilion telah disalurkan kepada Proton sejak 1983.

"Ahli lembaga pengarah dan pemegang saham Proton perlu berani untuk menyelesaikan masalah legasi yang ditinggalkan oleh bekas pengerusi.

"Proton perlu serius dan tidak takut untuk mengubah budaya 'pekak, bisu dan buta' di Proton," katanya, sambil merujuk kenyataan Dr Mahathir di blognya, Chedet yang mengatakan bahawa anggota dan pemimpin Umno 'pekak, bisu dna buta' dalam memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tags / Kata Kunci: Proton

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan