Empat Anak Kapal Warga M'sia Diculik Kumpulan Bersenjata Di Pantai Timur Sabah

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2016 9:11 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Empat anak kapal warga Malaysia diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata warga Filipina dekat Pulau Ligitan di perairan Semporna di pantai timur Sabah, Jumaat malam.

Laporan awal menunjukkan lapan lelaki bersenjata warga Filipina yang menggunakan bot laju menyerbu ke dalam kapal milik Malaysia, MV MASFIVE 6 yang berlayar dekat Pulau Ligitan dan menahan mereka sebelum menculik. 

Bot laju yang membawa empat tebusan warga Malaysia bersama kumpulan lelaki bersenjata menuju ke perairan Filipina.

Anak kapal warga asing yang lain iaitu tiga warga Myanmar dan dua warga Indonesia dibiarkan tanpa sebarang kecederaan.

Menurut laporan awal, walaupun pihak polis masih belum membuat pengesahan, keempat-empat mereka yang diculik dikenal pasti sebagai Wong Teck Pang, 41; Wong Hung Song, 44;  Wong Teck Chi, 39; dan Johnny  Lau Jung Hien, 21.

Kapal itu dalam perjalanan pulang ke Tawau selepas menghantar kayu balak ke Manila semasa insiden yang berlaku kira-kira 7 malam.

Setakat ini, belum diketahui sama ada kumpulan lelaki bersenjata itu mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf yang menuntut wang tebusan AS$1 juta bagi membebaskan sekumpulan anak kapal warga Indonesia yang diculik pada Isnin lalu.

Seramai 10 anak kapal warga Indonesia dari kapal tunda milik Taiwan berdekatan diculik semasa kapal mereka menghampiri perairan Sabah.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan