Polis Tak Pasti Sama Ada Penculikan Berlaku Di Perairan Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2016 1:16 PM

Abdul Rashid Harun.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis sedang mengenal pasti sama ada penculikan empat anak kapal dari Sarawak berlaku di perairan Malaysia di perairan Pulau Ligitan dekat pantai timur Semporna.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, laporan awal diterima daripada lima anak kapal yang dibebaskan hanya membuktikan insiden berlaku di perairan Ligitan yang bersempadan dengan Filipina.

"Kita tidak pasti insiden berlaku di perairan kita jadi kita perlu mengesahkannya terlebih dahulu," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Beliau berkata, terdapat aset yang mencukupi di kawasan Ligitan dan mereka menemubual anak kapal yang dibebaskan, terdiri daripada warga Myanmar dan Indonesia bagi mendapatkan lebih maklumat berhubung insiden yang berlaku pada kira-kira pukul 7 malam Jumaat.

Rashid berkata, berdasarkan modus operandi dan laporan mengenai cubaan masuk dan penculikan baru-baru ini, adalah jelas bahawa penjenayah mengubah cara operasi mereka dan melihat kepada sasaran yang mudah.

"Penjenayah ini tidak lagi memilih mangsa mereka, mereka hanya mengambil sesiapa sahaja asalkan ia mudah untuk mereka ambil dna pergi," katanya, sambil menambah bahawa empat rakyat Malaysia yang diculik dikenal pasti sebagai Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29; dan Johnny Lau Jung Hien, 21.

Mereka kemudiannya menculik empat tebusan warga Malaysia dan melarikan diri menuju ke perairan Filipina.

Anak kapal warga lain yang turut menaiki kapal yang didaftarkan di atas nama MV MASFIVE 6 iaitu tiga Myanmar dan dua Indonesia dibiarkan tanpa sebarang kecederaan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan