Pati Punca Penularan Kes Tibi

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2016 9:28 PM

Dr Hilmi Yahaya (kanan) mendengar penerangan Pakar Perubatan Respiratori Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu, Dr Azza Omar (dua, kanan) pada Persidangan Tuberkulosis dan Penyakit Paru-paru Negara pada Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara ini adalah antara punca berlakunya penularan penyakit tuberkulosis (Tibi) atau batuk kering.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata Pati tidak menjalani saringan kesihatan dan mereka yang menghidap penyakit itu kemudiannya menyebarkan kepada penduduk setempat.

"Memang kita (kementerian) kawal tetapi kes tibi masih lagi tinggi kerana Pati masuk ke negara tanpa menjalani saringan kesihatan," katanya pada perasmian Persidangan Kebangsaan TB dan Penyakit Paru-paru 2016 pada Sabtu.

Beliau berkata pekerja asing yang datang secara sah ke negara ini perlu menjalani saringan kesihatan di negara asal terlebih dahulu sebelum menjalani saringan sekali lagi di Malaysia.

Justeru, beliau meminta semua pihak termasuk majikan bersama menangani penyakit tibi dengan tidak menggaji PATI yang tidak diketahui status kesihatan mereka. Dr Hilmi berkata sebanyak 24,220 kes tibi dilaporkan pada 2015 dengan jumlah kematian akibat seramai 1,696 orang. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Pati , Tibi , Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan