Pehimpunan Bantah GST: Tun Mahathir Turut Hadir Di Dataran Merdeka

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2016 6:15 PM

Tun Mahathir (tengah) berucap di hadapan peserta-peserta perhimpunan bantah GST di Dataran Merdeka, Sabtu petang. Foto: RICKY LAI/Star Media Group.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ribuan penunjuk perasaan berhimpun dekat Dataran Merdeka bagi membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada petang Sabtu.

Terdahulu, mereka bergerak secara berkumpulan dari Masjid Negara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Pudu berarak membawa sepanduk ke Dataran Merdeka.

Sebahagian besar penunjuk perasaan terdiri daripada anggota Parti Amanah Negara (Amanah) dan kumpulan Otai Reformasi.

Pihak berkuasa kemudiannya mengadakan sekatan di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Perak dekat Dataran Merdeka pada kira-kira pukul 3 petang.

Lebih kurang pukul 5.10 petang, kelihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Dataran.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang mengadakan perhimpunan ini.

"Sebelum ini, Malaysia berada dalam keadaan cukup baik di mana rakyat mempunyai kerja dan pendapatan yang munasabah.

"Saya pernah rayu kepada Najib untuk laksana GST, tetapi Najib tetap mahu duit dari rakyat," ucapnya.

Tun Mahathir juga meminta orang ramai supaya menandatangani Deklarasi Rakyat.

"Tolong tandatangan Deklarasi Rakyat supaya kita dapat salurkan rintihan yang dialami kepada (Majlis) Raja-Raja Melayu. 

"Walaupun tiada dalam Perlembagaan tetapi raja akan dengar suara rakyat, tanpa rakyat tiadalah raja. Sebab itu sokongan dan rintihan rakyat harus didengari".

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan