Culik: Lelaki Bersenjata Tak Fasih Bahasa Inggeris, Filipina

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2016 11:27 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

DAVAO CITY: Tentera Filipina mengesahkan laporan mengenai sekurang-kurangnya empat rakyat Malaysia diculik suspek anggota kumpulan Abu Sayyaf di perairan Semporna di Sabah pada Jumaat malam.

Sumber tentera yang mengesahkan perkara itu berkata, kira-kira lapan lelaki bersenjata memecah masuk bot tunda yang dinaiki mangsa pada kira-kira 6 petang (7 petang waktu Malaysia) Jumaat.

Menurut sumber, kumpulan lelaki bersenjata berkenaan mengisytiharkan mereka sebagai anggota Abu Sayyaf dan meminta mangsa mengikut mereka.

Suspek yang tidak fasih berbahasa Inggeris dan Filipina itu turut merampas komputer tiba, wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa.

Laporan awal menyebut kumpulan lelaki bersenjata melarikan diri bersama mangsa menuju pulau-pulau yang lebih kecil.

Mejar Filemon Tan dari Perintah Tentera Mindanao Barat mengesahkan laporan itu tetapi memberitahu bahawa mereka sedang mengumpul butiran laporan.

Minggu lalu, kumpulan Abu Sayyaf menculik 10 warga Indonesia yang bekerja menggunakan bot tunda di wilayah Tawi-Tawi dan menuntut AS$1 juta untuk membebaskan kesemua tebusan dengan selamat. -  The Philippines Inquirer/Asia News Network

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan