Gajah Liar Dipindah Ke Taman Negara Tasik Kenyir

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2016 5:06 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seekor gajah jantan liar berumur 13 tahun yang ditangkap renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Besut, Isnin lalu akan dipindahkan ke Taman Negara Tasik Kenyir, Selasa ini. 

Pengarah Perhilitan Terengganu, Mohd Hasdi Husin berkata gajah seberat duatan itu akan dipindahkan dengan bantuan gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temerloh, Pahang yang akan tiba pada Isnin.

"Buat masa ini, gajah jantan yang mempunyai sepasang gading itu ditempatkan di Kampung Kelekok, Seberang La, Hulu Besut di bawah jagaan renjer Perhilitan.

"Diharapkan dengan tertangkapnya gajah ini, ia dapat meredakan ketakutanpenduduk kampung yang sebelum ini sering diganggu gajah berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Sebelum ini, gajah jantan liar itu dipercayai telah mengganas di beberapa kampung di Hulu Besut termasuk di perkampungan Orang Asli Sungai Sayap, Keruak hingga menyebabkan penduduk ketakutan selain dilaporkan telah merosakkan tanaman penduduk kampung.

Gajah jantan itu juga turut menumbangkan tiang gol taman permainan di Kampung Orang Asli Sungai Sayap di situ.-Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan