Umno Johor Buat Kaji Selidik Kenal Pasti Sentimen, Trend Pengundian

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2016 7:30 PM

Mohamed Khaled Nordin.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Umno Johor akan melakukan Kajian Elektoral Dinamik bagi mengenal pasti sentimen dan trend pengundian di negeri ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kajian itu akan melibatkan 22,400 responden di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu seramai 400 responden yang dipilih secara rawak bagi setiap kawasan DUN.

"Selain trend pengundian, menerusi kajian ini juga kita (Umno Johor) akan dapat melihat isu dan cabaran yang dihadapi supaya kita dapat merangka strategi yang sesuai dalam menghadapi pilihan raya umum," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor, di sini, Jumaat.

Mohamed Khaled berkata kajian terbabit akan dilakukan badan pemikir Umno Johor iaitu Bait Al-Amanah dengan kerjasama Majlis Profesor Negara dan melibatkan para pelajar universiti.

Beliau berkata ketika ini, bengkel sedang dilakukan bagi melakukan kajian tersebut sebelum dijangkakan proses soal selidik terhadap para responden dapat dimulakan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Katanya, kajian itu akan melibatkan pelbagai peringkat umur dan bangsa dengan keputusan kajian itu dijangka diperoleh pada Ogos depan.

Sementara itu, mengenai mesyuarat hari ini, Mohamed Khaled berkata ia membincangkan mengenai usaha untuk terus mengukuhkan parti dalam keadaan suasana yang berlaku pada ketika ini.

"Sudah tentu kita mengambil kesempatan untuk kita mengkaji sama ada apa yang sedang kita lalui, suasana yang terdapat di negara kita termasuk Johor, sama ada Umno terkesan daripada masalah-masalah yang dihadapi dan untuk kita memikirkan cara-cara bagaimana perlu kita mengurus masalah tersebut.

"Kita menerima hakikat bahawa setiap bahagian berbeza-beza keadaan dan kita menerima untuk tidak perlu dalam mesyuarat ini ada jawapan tepat mengenai," katanya.

Menurut Mohamed Khaled, pihaknya juga sudah melakukan penstrukturan semula Badan Perhubungan Umno Johor dengan mewujudkan beberapa jabatan untuk meningkatkan urus tadbir supaya apa-apa strategi yang diperkenal dapat dilaksana dengan lancar. - BERNAMA


iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan