SPR Dimaklumkan Pembubaran DUN Sarawak 11 April

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2016 3:58 PM

Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telahpun dimaklumkan tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 11 April ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-11.

Yang Dipertua DUN Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata beliau sudah menghantar surat bertarikh 1 April 2016 kepada Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Kata Mohd Asfia, beliau menerima surat cara pembubaran DUN pada 11 April itu, yang ditandatangani Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud bertarikh 31 Mac 2016.

Pada Khamis, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa DUN Sarawak akan dibubarkan pada 11 April.

Mohd Asfia berkata pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 selepas DUN dibubarkan.

Katanya pilihan raya negeri ke-11 itu akan menyaksikan pertandingan di 82 kawasan pilihan raya, tambahan 11 kerusi berbanding pilihan raya sebelum ini pada 2011.

Mohd Asfia turut menarik perhatian kepada angka 11 yang mempunyai hubungan dengan pilihan raya itu, dengan berkata, DUN Sarawak dibubarkan pada 11 April bagi pilihan raya negeri ke-11 dan terdapat tambahan 11 kerusi.

"... angka ini berbetulan dengan 111111," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan