Phang Bantu Polis Isu Akuan Bersumpah Jual Banglo

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2016 11:19 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli perniagaan, Phang Li Koon tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah George Town bagi membantu siasatan berhubung akuan bersumpahnya mengenai penjualan banglo di Jalan Pinhorn kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Seorang jurukamera melihat Phang, 39, tiba dengan menaiki sebuah kereta mewah di balai polis berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi Jumaat ditemani seorang lelaki yang dipercayai adalah peguamnya.

Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan bahawa Phang hadir untuk membantu siasatan.

Pada Khamis, Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata kenyataan Phang akan direkodkan pada Jumaat.

Beliau berkata selain Phang, polis juga telah memanggil empat individu lain, termasuk Pesuruhjaya Sumpah yang menyediakan akuan bersumpah bagi memberi keterangan.

setakat ini polis telah menerima lebih daripada 10 laporan, dengan mendakwa bahawa akuan bersumpah Phang adalah palsu kerana kandungannya mengandungi beberapa maklumat yang tidak tepat.

Phang yang merupakan pemilik banglo di Jalan Pinhorn di sini yang dijual kepada Lim dengan harga RM2.8 juta, membuat akuan berkanun itu semalam selepas isu penjualan banglo miliknya itu mendapat liputan meluas di media massa kerana dikatakan dijual di bawah nilai harga pasaran.

Akuan berkanun itu dibaca oleh anggota Exco negeri, Phee Boon Poh, yang mempunyai hubungan sebagai saudara jauh dengan Li Koon dan penasihat kepada Persatuan Phang, pada Selasa.

Dalam akuan itu, Phang juga mengatakan beliau tidak memperoleh sebarang manfaat daripada kerajaan negeri kerana menjual banglo di Jalan Pinhorn di sini kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan harga RM2.8 juta.

Tags / Kata Kunci: Phang Li Koon , Lim Guan Eng.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan