Pengganas Nuklear Membimbangkan Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2016 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Ancaman pengganas nuklear yang mempunyai impak besar kepada keselamatan dunia menjadi topik utama perbincangan pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) di sini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu ancaman penganas nuklear 'bukan sahaja menjadi kepentingan sesebuah negara malah kepentingan sejagat kerana keselamatan global adalah perkara yang penting."

"Untuk itu, keperihatinan dan kepedulian pemimpin-pemimpin dunia mengenainya adalah amat penting," katanya kepada pemberita Malaysia pada Khamis malam.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Seri Madius Tangau.

Ahmad Zahid berkata perkara itu dizahirkan pada perbincangan semasa majlis makan malam yang dihoskan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sempena NSS yang bertema 'Evaluating the Threat' (Menilai Ancaman) di White House di sini, yang dihadiri ketua-ketua delegasi daripada 53 negara.

Ahmad Zahid berkata antara yang dibangkitkan ialah tiga senario yang boleh berlaku kepada dunia berkaitan senjata dan aset nuklear.

Senario pertama sekiranya senjata nuklear jatuh ke tangan pengganas dan digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang menjadi tumpuan mereka.

Senario kedua sekiranya pengganas merampas dan menggunakan aset nuklear, terutama di kawasan reaktor tenaga itu yang dijadikan janakuasa, yang boleh menyebabkan kemusnahan di kawasan itu.

"Senario ketiga mengenai rampasan bahan nuklear rentan yang boleh dijadikan senjata nuklear," kata beliau.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata terdapat kesepaduan pemikiran mengenai senario berkenaan dan saranan untuk menjadikan dunia bebas daripada nuklear.

Menurutnya NSS turut membincangkan mengenai keselamatan senjata kimia dan biologikal, serta kebimbangan buat negara yang mempunyai nuklear dan negara tidak mempunyai nuklear.

Ahmad Zahid berkata pada perbincangan itu, beberapa negara menyuarakan supaya NSS, yang mula diadakan pada 2010 bagi membincangkan  mengenai pengganas nuklear, perlu diteruskan walaupun Obama tidak lagi menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Beliau berkata Malaysia, walaupun bukan negara sumber bahan nuklear, tetap mahu memastikan pihak polis dan agensi-agensi keselamatan  memberi perhatian serius terhadap ancaman terkini itu, yang boleh berlaku sekiranya ia dipandang remeh.

Kebimbangan dunia terhadap pengganas nuklear semakin meningkat berikutan serangan pengganas bunuh diri di negara-negara Eropah serta laporan yang sekurang-kurangnya dua pengganas sedang menyasarkan sebuah loji nuklear di Belgium.

Mengenai pertemuannya dengan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat Susan Elizabeth Rice pada Rabu, Ahmad Zahid berkata Rice  memuji mengenai tindakan Malaysia dalam mengenai isu pelarian terutamanya pelarian Myanmar dan Syria.

Rice turut berharap Malaysia dapat menyertai Sidang Kemuncak Mengenai Pelarian yang akan dihoskan oleh Obama, katanya.

Menurutnya sidang kemuncak itu akan diadakan pada Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) yang akan datang.

Ahmad Zahid berkata beliau turut menyatakan pendirian Malaysia mengenai isu Laut China Selatan dan meminta perkara itu diselesaikan dengan segera.

"Mekanisme terbaik adalah melalui perundingan agar tidak timbul sebarang ketegangan yang boleh memberikan impak keselamatan kepada rantau Asia Tenggara khususnya," kata beliau.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan