Kadar GST Kekal, PM Nafi Dakwaan DAP Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2016 11:42 PM

Najib dan isterinya, Rosmah melaungkan slogan ‘Hidup BN' pada majlis pemimpin bersama rakyat di Eastwood Valley, Miri, malam Jumaat. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MIRI: Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan kadar semasa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN).

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa kadar GST genap setahun dilaksanakan itu akan kekal pada masa ini.

Beliau menyifatkan dakwaan DAP Sarawak bahawa kerajaan akan menaikkan kadar GST kepada sekurang-kurangnya 10 peratus jika Barisan Nasional (BN) menang besar dalam PRN-11.

Pada Khamis, Pengerusi DAP Negeri, Chong Chieng Jen mendakwa langkah itu akan diambil susulan kejatuhan harga minyak dunia dan kehilangan berterusan hasil kerajaan.

"Tidak ada rancangan untuk menaikkan kadar GST di Sarawak atau mana-mana tempat di Malaysia," kata Najib ketika mengucap pada majlis bertemu rakyat di Kelab Golf  and  Country Eastwood, di sini, malam Jumaat.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan isteri, Puan Sri Jamilah Anu serta anggota barisan Kabinet negeri.

Najib berkata walaupun harga minyak jatuh di pasaran dunia, kerajaan akan mencari sumber lain bagi membiayai program pembangunan negara.

Katanya pembangkang cuba mengeksploitasi isu GST bagi membuat rakyat benci terhadap kerajaan.

Beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan retorik dan propaganda pembangkang bahawa GST membebankan rakyat dan tanpanya kerajaan tidak mampu membina lebih banyak sekolah, hospital atau pusat kesihatan di kawasan pedalaman dan luar bandar di Sarawak.

"Kita tidak mengejar untuk menjadi kerajaan populis. Kami sentiasa cuba melakukan perkara yang betul untuk rakyat," katanya.

Najib berkata rakyat tidak boleh menukar kerajaan sedia ada secara tidak berperlembagaan menerusi demonstrasi jalan atau pungutan suara tetapi kaedah terbaik ialah menerusi peti undi.

Pada majlis itu, perdana menteri mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM350 juta untuk menaik taraf Hospital Miri secara berperingkat di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini bagi membolehkan PRN-11 diadakan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , GST , Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan