Letak Jawatan Dalam Entiti Berkaitan Kerajaan, Dr M Buat Tindakan Betul - Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2016 4:22 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau berpendapat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan yang dipegangnya dalam entiti berkaitan kerajaan adalah langkah terbaik.

"Tentunya sukar (bagi) pihak kerajaan jika seseorang yang tidak bersama dengan dasar kerajaan dan pada waktu yang sama memegang pelbagai jawatan dalam badan dan syarikat berkaitan kerajaan, walaupun ia hanya sebagai penasihat, katanya kepada wartawan Malaysia bersempena lawatan kerjanya di sini Khamis malam.

Dr Mahathir pada Rabu meletakkan jawatan sebagai pengerusi Proton Holdings Bhd (Proton), pengerusi Group Lotus Plc, Canselor Universiti Teknologi Petronas, Penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Penasihat Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).

Ahmad Zahid, ketika diminta mengulas tindakan bekas perdana menteri itu, berkata ia memperlihatkan Dr Mahathir faham dengan apa yang perlu dilakukannya apabila tidak lagi mendukung dasar kerajaan.

Pada 11 Mac, Kabinet memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas.

Pada 29 Februari lepas, Dr Mahathir mengumumkan keluar daripada Umno, menyatakan sudah hilang kepercayaan terhadap parti.

Ahmad Zahid berkata walaupunProton bukan syarikat kerajaan, namun ia mempunyai hubungan dengan Dasar Automatif Negara dan tentunya syarikat pengeluar kereta itu memerlukan beberapa sokongan teknikal dan kewangan daripada pihak kerajaan.

Ditanya mengenai kedudukan Dr Mahathir dalam Yayasan Kepimpinan Perdana pula, Timbalan Perdana Menteri berkata, setakat ini tiada desakan supaya beliau melepaskan jawatan sebagai presiden kehormat.

Di IPOH, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri berkata Dr Mahathir sepatutnya meletakkan semua jawatan yang disandangnya dalam entiti kerajaan sebelum beliau melakukan serangan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga berkata Dr Mahathir sekali lagi gagal menyingkirkan Najib, dengan kali ini cuba menggunakan media Barat, yang menurutnya adalah perbuatan salah dan tidak demokratik.

Dr Mahathir cuba mendapatkan sokongan media asing sebagai cubaan terakhirnya untuk menggulingkan kerajaan dan Najib, katanya ketika diminta mengulas mengenai wawancara Dr Mahathir dengan program 'Four Corners' terbitan Australian Broadcasting Corporation. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan