Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu Bantah Bubar DUN - Berita Semasa | mStar

Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu Bantah Bubar DUN

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2016 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

SETIU: Barisan Kelab Peyokong Kerajaan Terengganu sebulat suara menolak desakan sesetengah pihak yang mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausahanya, Mohd Iskandar Jaafar berkata anggota kelab daripada kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) menyifatkan ia bukan cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik dalaman negeri itu.

"Ini kerana kita baru berada pada pertengahan penggal selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dan pada dasar kesemua wakil rakyat sedang melaksanakan tugas dengan baik," katanya.

Mohd Iskandar, yang juga Adun Jabi, berkata PRN juga tidak perlu diadakan kerana ia bukan satu keperluan yang mendesak malah tidak berlaku sebarang masalah besar hingga ia perlu diadakan.

Menurutnya, jika PRN diadakan, ia akan melibatkan perbelanjaan yang tinggi di mana wang tersebut boleh disalurkan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Sepatutnya kita tunggulah sehingga PRU akan datang dan beri peluang kepada wakil-wakil rakyat berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing," katanya.

Kemelut politik dalam Umno Terengganu bermula apabila bekas Menteri Besar, yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di persidangan DUN Terengganu, baru-baru ini.

Usul itu bagaimanapun ditolak oleh Speaker Datuk Mohd Zuber Embong, atas alasan usul yang dikemukakan oleh Adun Kijal itu tidak mengikut peraturan ketika mencadangkannya. - BERNAMA
Tags / Kata Kunci: DUN Terengganu , Ahmad Said
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan