Azmin Salahkan Khalid Atas Kelewatan Projek Langat 2

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2016 8:49 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Jumaat mempersalahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas kelewatan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) kerana didakwa bertanggungjawab dalam penjualan tanah bagi membangunkan kemudahan enap cemar kepada pihak ketiga.

Beliau berkata pada 2009, kawasan tanah itu di mukim Hulu Langat telah dikenal pasti sebagai tapak sesuai bagi membangunkan kemudahan enap cemar itu tetapi ia telah dijual kepada pihak lain semasa Khalid menjadi menteri besar Selangor.

"Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah merancang untuk buat pengambilalihan ke atas tanah tersebut bagi tujuan membangunkan kemudahan enap cemar.

"Namun, tanah itu telah diberi milik kepada MBI (Pemerbadanan Menteri Besar) pada ketika itu dan seterusnya dijual kepada Syarikat Prestige Capital Sdn Bhd pada 2013," katanya.

Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata demikian ketika menggulung usul titah ucapan Sultan Selangor di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Jumaat.

Beliau berkata ekoran tindakan Abdul Khalid, PAAB terpaksa membuat perancangan semula pembangunan Langat 2 dan mencari tapak baharu bagi membina kemudahan enap cemar, yang menyebabkan projek berkenaan yang dijadualkan siap pada 2017 tertangguh sehingga 2019.

"Soalan yang ingin saya tanya kepada (Anggota Dewan Undangan Negeri) Pelabuhan Klang (Abdul Khalid), mengapakah tanah yang telah dikenal pasti untuk kemudahan enap cemar itu diberikan kepada MBI, dan seterusnya dijual kepada Prestige Capital?

"Sekiranya PAAB ingin mengekalkan tapak asal maka, PAAB perlu membeli semula tanah tersebut pada harga RM600 juta yang akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Selangor," katanya.

Justeru itu, beliau berkata isu kelewatan projek Langat 2 tidak boleh dipersoalkan kepada pimpinan kerajaan negeri ketika ini.

Ini kerana ia disebabkan oleh tindakan pimpinan tertentu sebelum ini yang memberi kesan langsung ke atas pelaksanaan projek berkenaan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan