Hanya Golongan Memerlukan Akan Dapat Air Percuma Selepas Skim Dikaji Semula - Azmin

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2016 5:59 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Selangor akan mengkaji skim air percuma supaya mereka yang benar-benar memerlukan akan mendapat manfaat daripadanya, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Namun, katanya, isi rumah di negeri itu akan terus menerima 20 meter padu air dirawat secara percuma tahun ini.

"Kami menerima banyak cadangan untuk hanya menyediakan air percuma kepada kumpulan sasaran.

"Buat masa ini, pentadbiran negeri memutuskan untuk meneruskan skim air percuma pada tahun ini... sehingga penstrukturan semula industri air selesai sepenuhnya," katanya menjawab soal yang dikemukakan Saari Sungib (Hulu Kelang-Amanah) semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Jumaat.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splas) masih giat dilakukan dan penilai bebas telah menyediakan anggaran untuk pembayaran.

Azmin berkata walaupun kos air percuma tinggi, ini adalah sebahagian daripada agenda Selangor demi kebajikan rakyat.

"Kerajaan negeri membelanjakan RM1.1 bilion untuk skim air percuma antara 1 Jun 2008 dan 31 Disember tahun lalu," katanya.

Beliau berkata rakyat perlu mengambil langkah terbaik untuk mengelak berlakunya pembaziran air.

Menurut Azmin, purata penggunaan air rakyat Malaysia sebanyak 232 liter per kapita setiap hari adalah tinggi jika dibandingkan 170 liter per kapita setiap hari yang dicatatkan di Singapura.

"Penggunaan itu juga melebihi had yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 150 liter per kapita setiap hari," katanya.


Tags / Kata Kunci: air percuma , Selangor , Mohamed Azmin Ali

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan