Tun M Letak Jawatan Tak Jejas Proton - Hamzah

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 7:46 PM

Hamzah Zainuddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Proton tidak akan menjejaskan syarikat itu atau penjualan keretanya, kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata, ia tidak mengira siapapun pengerusinya.

"Syarikat ini dikendalikan oleh pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah. Jadi, ia tidak kira siapa (pengerusi).

"Mungkin beliau menyedari bahawa tiba masanya untuk beliau melepaskan jawatan itu kepada orang lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Mengenai sama ada peletakan jawatan Dr Mahathir boleh membawa kepada perubahan persepsi syarikat itu, Hamzah berkata, perkara tersebut bergantung.

"Tetapi mereka (di dalam Proton) fikir ia adalah baik untuk syarikat," katanya.

Hamzah berkata, perletakan jawatan itu merupakan hak Dr Mahathir jika keputusan berkenaan adalah berdasarkan kepada isu politik.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan