Banglo: Polis Panggil Phang Li Koon Jumaat - Berita Semasa | mStar

Banglo: Polis Panggil Phang Li Koon Jumaat

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 4:59 PM

Phang Li Koon.

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Ahli perniagaan, Phang Li Koon dijangka hadir di ibu pejabat polis Pulau Pinang pada Jumaat bagi memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat terhadapnya mengenai akuan berkanun.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, polis memangil Li Khoon untuk dirakamkan kenyataannya dan ahli perniagaan itu bersetuju untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, Abdul Ghafar enggan mengulas lanjut.

Li Koon merupakan pemilik banglo terdahulu di Jalan Pinhorn yang kini dijual kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Tags / Kata Kunci: Phang Li Koon
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan