Najib Terima Kad Penghargaan Daripada Keluarga Mangsa Tragedi MH17

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 8:21 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun  Razak pada Khamis mengucapkan terima kasih kepada seorang daripada ahli keluarga mangsa tragedi MH17 atas ucapan indah yang diterimanya.

Ucapan itu diterima daripada Harbinder Kaur, isteri mendiang Karamjit Singh Karnail Singh, 54, seorang daripada mangsa tragedi MH17.

"Terima kad yang cantik ini daripada Puan Harbinder. Terima kasih atas ucapan yang sungguh indah ini. Perkara kecil sebeginilah yang memberi dorongan kepada saya," kata beliau menerusi catatan dalam laman Facebook dan Twitter malam Rabu.

Dalam ucapan pada kad itu, Harbinder mengucapkan terima kasih kepada Najib atas sumbangan bermakna dengan memberi bantuan kewangan untuk pendidikan anaknya, Annarpal Singh.

Mendiang Karamjit, yang berkhidmat sebagai penasihat keselamatan dengan ExxonMobil, sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas bertugas di pelantar minyak di Usan, Nigeria apabila tragedi itu melanda pada 17 Julai.

Pesawat Malaysia Airlines itu dipercayai telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu di timur Ukraine, dekat sempadan Rusia semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat malang itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan