Modul OKU Khas Suntik Motivasi Ecah

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 7:00 AM

Siti Nuraisyah Sahrin ketika hari pertama kembali ke sekolah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelajar yang putus kedua-dua kaki akibat digilis lori 18 Januari lalu, Siti Nuraisyah Sahrin terus mendapat perhatian masyarakat apabila beliau bakal diberi satu latihan dalam talian yang dibangunkan khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU).


Latihan berbentuk modul itu akan membolehkan Siti Nuraisyah atau lebih mesra dipanggil Ecah mendapat pengalaman yang dikongsi OKU lain yang pernah berdepan situasi sama dengannya tetapi mampu mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.

Ketua Laboratori Kewarganegaraan dan Kepimpinan Belia Institut Pengajian Sains Sosial (Ipsas) Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Nor Wahiza Abdul Wahat berkata modul yang dinamakan Latihan Maya Kejayaan Kerjaya OKU itu dibangunkan oleh Ipsas dan merupakan latihan maya untuk OKU yang pertama di Malaysia bagi memberi motivasi kepada mereka yang baharu hilang keupayaan akibat kemalangan atau penyakit.

"Kita dapati modul ini amat sesuai untuk menaikkan semangat dan memberi motivasi kepada Ecah yang saya percaya masih lagi trauma dan berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan fizikalnya selepas terbabit kemalangan.

"Ia mengandungi kisah dan pengalaman OKU berjaya untuk dikongsi yang disampaikan secara ringkas, mudah dan menyentuh hati," kata Nor Wahiza kepada mStar Online.

Dr Nor Wahiza Abdul Wahat

Mengambil masa selama dua tahun untuk dibangunkan, Nor Wahiza berkata beliau dan dua lagi rakan penyelidik serta wakil Persatuan Orang Kota Bharu (OKB) akan berkunjung ke rumah Ecah di Sabak Bernam pada Ahad ini untuk memberikan latihan ini kepadanya.

"Latihan itu mengambil masa selama kira-kira satu jam setengah. Kita juga akan bawa seorang pelajar OKU yang sedang mengambil ijazah di UPM ke rumah Ecah untuk membantu memberikan semangat kepadanya," katanya.

Katanya, setakat ini latihan modul  ini telah diberikan kepada lebih 100 OKU di Sabah, Selangor, Melaka dan Johor. Ia kini berada di peringkat pengesahan pemasaran.

Sebahagian daripada peserta latihan maya OKU di IPSAS, UPM.

Mengulas lanjut, Nor Wahiza berkata selain baharu ditimpa nasib malang, pihaknya terpanggil untuk mendekati Ecah apabila menerima maklum balas yang baik daripada golongan OKU yang pernah diberikan latihan ini.


Ia juga dibuat bagi mengukur sejauh mana keberkesanan modul tersebut dalam membantu golongan yang baharu bergelar OKU.

"Kita sedar majoriti golongan OKU mempunyai tahap pendidikan rendah. Sebab itu kita berusaha menyediakan satu modul terbaik dengan ciri inklusif dan fleksibel berbahasa Melayu," katanya sambil menambah modul tersebut kini dalam proses permohonan hak cipta.

Pelajar berusia 13 tahun ini putus kedua-dua kaki selepas digilis sebuah lori di Parit 16, Sungai Panjang, Sabak Bernam, 18 Januari lalu.

Kejadian berlaku apabila pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap itu bersama kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah menaiki motosikal sebelum sebuah lori yang membawa muatan pasir yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu menggilis kaki mangsa.

Ecah yang dirawat hampir dua bulan di hospital kembali ke sekolah pada 21 Mac lalu dengan berkerusi roda.


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan