JKM Selamatkan 55 Pengemis

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 10:32 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 55 pengemis diselamatkan menerusi operasi bersepadu sempena Kembara Kebajikan 1Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM Noormah Abd Rauf berkata daripada jumlah itu, 53 adalah pengemis tempatan dan dua orang warganegara asing.

Katanya pengemis yang diselamatkan akan disaring bagi tujuan tindakan selanjutnya bersesuaian dengan undang-undang dan kategori kes mengikut bidang kuasa di bawah agensi yang terlibat.

"Selain JKM, operasi ini turut melibatkan agensi lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi bersepadu itu di sini, Rabu malam.

Katanya terdapat tiga pendekatan penguatkuasaan dalam menangani isu pengemisan iaitu melalui operasi bersepadu, berjadual dan ad hoc.

"Sepanjang tahun 2015, sebanyak 177 operasi bersepadu dan 866 operasi berjadual dilaksanakan oleh JKM seluruh negara.

Noormah berkata dalam operasi berkenaan, seramai 1,527 pengemis berjaya diselamatkan yang mewakili 1,115 warga tempatan dan 412 warga asing.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan terus memperkemas tindakan bersepadu bersama pelbagai agensi yang dilaksanakan sebelum ini bagi memastikan aktiviti pengemisan dapat dikurangkan.

"JKM akan meneruskan program advokasi dan kesedaran awam bagi mendidik masyarakat supaya bijak membantu bagi mengelakkan sebarang penipuan daripada pengemis atau pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang tidak berdaftar," katanya. 

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan