Gunting Lidah: Ibu Mangsa Bertegas Anak Dibuli

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 11:08 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ibu kepada murid Tahun Dua yang mendakwa dipaksa menggunting lidahnya sendiri, menegaskan bahawa anak lelakinya dibuli.

Wanita berusia 29 tahun itu berkata, dia mahu pihak polis membuka semula kertas siasatan berhubung kes anaknya.

"Saya percaya anak saya dibuli dan dipaksa gunting lidahnya kerana dia berulang kali menyebutnya.

"Saya tak akan putus asa. Saya mahu murid-murid yang berbuat salah kepada anak saya dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika ditemui di sini, Khamis.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat memberitahu bahawa tidak wujud unsur buli dalam insiden seorang murid Tahun Dua yang mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri pada 24 Mac lepas.

Beliau berkata, siasatan lengkap pihaknya mendapati murid lelaki terbabit tergunting lidahnya ketika sedang leka bermain dengan alat tajam berkenaan yang dipinjam daripada rakan sekelasnya.

Ibu mangsa berkata, penceritaan anak lelakinya begitu konsisten setiap ditanya.

"Dia sering kali mengadu diganggu di sekolah.

"Saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa, tetapi saya mahu keadilan buat anak saya," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan