Serpihan Pesawat Baharu Ditemui Di Mozambique

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2016 9:32 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu lagi serpihan kapal terbang disyaki milik pesawat MH370 ditemui di Mozambique.

Serpihan tersebut adalah yang ketiga yang ditemui di negara itu sejak bulan lepas, susulan penemuan dua keping serpihan pesawat - sekeping adalah merupakan penstabil mendatar dan satu lagi sejenis logam berwarna putih.

Dua serpihan tersebut telah dihantar ke Australia untuk analisis dan mendapati ianya 'hampir pasti milik MH370'.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia telah dimaklumkan mengenai penemuan terkini pada Isnin tetapi terlalu awal untuk menentukan sama ada ia adalah dari MH370.

"Kita perlu menyemak dahulu sama ada ia dari serpihan Boeing 777 atau tidak ," katanya pada Selasa.

Tiada maklumat lanjut diperolehi sehingga kini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan