Majlis Raja-Raja Tidak Akan Terpengaruh Gerakan Mahathir

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2016 7:55 AM

Mohd Sharkar Shamsudin (tengah). Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Sharkar Shamsudin yakin Majlis Raja-Raja tidak akan terpengaruh dengan gerakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd Sharkar berkata anggota majlis berkenaan juga sudah semestinya terdiri daripada mereka yang menghormati keputusan pilihan raya lalu dengan rakyat memberi kepercayaan kepada Najib untuk memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

"Apa yang Tun M lakukan boleh dianggap sebagai the last resort (jalan terakhir)... bersekongkol dengan pembangkang. Apa sahaja jawapan yang kita beri pada dia, memang tak akan memuaskan hati kerana apa yang dia mahu ialah Najib berhenti," katanya.

Mohd Sharkar berkata demikian kepada pemberita pada majlis santai bersama pengamal media di sini, Selasa malam.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir dua hari lalu, bahawa Najib mungkin boleh dilucutkan jawatan jika raja-raja mendengar suara rakyat, meskipun beliau mengakui bahawa Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa dalam Perlembagaan untuk menyingkirkan seorang Perdana Menteri.

Mohd Sharkar yang juga Ketua Umno Bahagian Temerloh turut menyifatkangerakan menjatuhkan Najib tidak akan berjaya kerana rakyat Malaysia dapat menilai kemampuan Perdana Menteri mentadbir negara dalam keadaan ekonomi dunia yang serba mencabar. 

"Rakyat kita bukan seperti di negara lain di Timur Tengah. Kita tidak begitu emosi. Kita masih ada kemudahan asas yang selesa walaupun ada sedikit kesusahan akibat kesan ekonomi global. Tapi kita masih bertahan," katanya. 

Ditanya sama ada MT sepatutnya menyegerakan tindakan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang turut aktif dalam gesaan menyingkirkan Najib, Mohd Sharkar berpandangan perkara itu tidak membawa banyak perbezaan.   

"Sama ada ambil tindakan atau tidak, mereka akan terus begitu kerana ada agenda sendiri. Cuma kita harap bila tindakan diambil, anggota Umno akan faham,"katanya.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Mohd Sharkar Shamsudin , Umno , Tun M

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan