Laporan ABC Sahkan Wang Dalam Akaun Najib Derma Daripada Keluarga Diraja Saudi

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2016 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengesahkan bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma daripada keluarga diraja Saudi, kata seorang jurucakap kerajaan Malaysia.

Jurucakap itu juga berkata sepucuk surat yang bocor daripada Arab Saudi menyatakan derma itu adalah hadiah kepada Najib kerana mempromosikan Islam sederhana serta memerangi keganasan dan ekstremisme, termasuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.

"Surat itu menyatakan dengan jelas bahawa pemberian tersebut boleh digunakan dengan cara yang difikirkan wajar oleh perdana menteri, akan dipindahkan secara terus atau melalui syarikat penderma, dan tiada sebarang manfaat diharapkan sebagai balasannya," kata jurucakap itu dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, laporan Four Corners itu mengesahkan apa yang dinyatakan perdana menteri selama ini serta apa yang dirumuskan pelbagai pihak berkuasa setelah melakukan penyiasatan secara rapi dan menyeluruh.

"Penyiasatan itu termasuk pemeriksaan forensik terhadap setiap pindahan kawat. Pihak berkuasa Malaysia juga pergi ke Arab Saudi untuk memeriksa dokumen dan mengadakan temu bual dengan anggota keluarga diraja serta para pegawai yang mentadbir derma itu," kata jurucakap berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan